Categories
Uncategorized

URI BAYI BARU LAHIR DAN PANDEMIK COVID-19

Semakin hari dunia semakin mencabar,
setiap lapisan merasai gegaran cabaran kesihatan dan juga ekonomi.

Bagi Placento,

kami juga tidak terkecuali dalam mengharungi saat getir.

Mari duduk rapat-rapat kami kongsikan dengan anda kisah turun naik Placento ketika ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik. Sekali gus menegaskan penularan dan keadaan wabak adalah teruk dan sangat membimbangkan.

Pandemik merupakan wabak penyakit yang tersebar dengan sangat meluas dan pantas melalui rembesan droplet. Negara kita Malaysia adalah tidak terkecuali daripada jangkitan wabak COVID-19.

Lantas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil tindakan pantas mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seterusnya diikuti dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19.

PKP meliputi larangan menyeluruh pergerakan yang turut melibatkan dunia pekerjaan kecuali sektor-sektor tertentu. PKP ini berlanjutan sehingga bulan Ramadhan. Bulan mulia yang menuntut seluruh umat Islam untuk berpuasa di siang hari dan bertarawih pada sebelah malam.

Bagaimana dengan Placento ?

Placento juga tidak terkecuali seperti sektor perkhidmatan yang lain,

mengambil inisiatif untuk tidak ke sana dan ke sini. Dengan arahan kawalan pergerakan yang terhad, pergerakan pulang ke kampung halaman adalah tidak dibenarkan.

Pasangan suami isteri mula berasa bimbang untuk melahirkan bayi. Isteri terpaksa menguatkan semangat untuk bersalin sendirian di hospital. Manakala, suami mengambil tugas menguruskan anak-anak di rumah. Situasi ini juga menuntut suami untuk berulang alik ke hospital untuk melihat keadaan isteri serta membawa barangan keperluan.

Dalam keadaan sedemikian,

suami tidak berkesempatan untuk menguruskan uri dengan sempurna. Selain itu, juga terdapat banyak kelahiran sulung buat pasangan suami isteri yang tidak berpengalaman menguruskan uri bayi.

Saban hari,
panggilan telefon dan pesanan ringkas whatsapp masuk bertalu-talu bertanyakan servis pengurusan uri.

Jelas, begitu ramai para suami yang memerlukan perkhidmatan servis Placento untuk terus beroperasi.

Apakah tindakan Placento ?

Memahami keperluan dan kekangan pasangan yang baru menerima cahaya mata, Placento kembali berbincang. Setelah membuat pertimbangan sewajarnya, Placento memutuskan untuk turut serta membantu pasangan menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan meneruskan perkhidmatan basuh uri mengikut tuntutan Islam.

Untuk keselamatan tim,

Placento menuju ke Balai Polis terdekat untuk membuat pemakluman bahawa Placento akan kembali memulakan operasi. Pemakluman Placento mendapat maklum balas yang baik daripada pegawai bertugas.

Di sini Placento menegaskan bahawa setiap pengurusan uri perlu mengikut garis panduan keselamatan yang telah digariskan.

Menggunakan penutup muka dan menjaga jarak sosial ketika berurusan untuk mengambil uri daripada para ayah. Adapun membasuh tangan menggunakan air dan sabun seterusnya diikuti dengan penggunaan “hand sanitizer” setelah selesai penanaman uri adalah amalan lazim yang telah lama Placento praktikkan.

Ketika hadirnya Ramadhan, Placento tetap meneruskan khidmat membantu golongan ayah agar terus tersenyum gembira bersama isteri dan keluarga tersayang.

Bagaimana servis Placento ?

Walau berhadapan dengan banyak cabaran,

perkara ini tidak membantutkan Placento untuk meneruskan khidmat dengan cemerlang.

Setiap pergerakan uri, pengurusan serta penanaman tetap dilaksanakan dengan baik seperti sebelum perintah kawalan dikuatkuasakan. Tidak sesekali Placento melangkau langkah-langkah pengurusan uri yang telah di tetapkan.

Pengurusan uri amat perlu di titikberatkan daripada awal agar uri dapat disempurnakan dengan baik. Placento berbangga dapat membantu para ayah walaupun dalam keadaan getir.

Jelas, tiada lagi sebab untuk kita mengabaikan pengurusan uri. Placento sentiasa bersedia untuk membantu.

Doa Placento,

agar COVID-19 dapat segera dihapuskan. Bersama kita putuskan rangkaian wabak.

Semoga seluruh tim Placento diberi kesihatan yang baik untuk terus berjasa dalam penanaman uri bayi. Juga, semoga usaha kecil Placento mendapat tempat di hati masyarakat dan diberkati-Nya.

Terima kasih sudi membaca sampai sini

Share ye, semoga ia bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *