Alhamdulillah Placento telah tersenarai Top 12 untuk stage 4
iaitu Final Stage.
Ketika “stage 3” kami dilatih selama 3 bulan oleh CodeArmy. Di sini kami berusaha dengan gigih tanpa berputus asa untuk menimba ilmu dan memantapkan lagi skill pengurusan dalam membantu para suami basuh & tanam uri anak mereka.
Biarpun aktiviti kami tidak menggiurkan seperti Solviepro Malaysia dan tidak serancak Zara Aisyah Care Centre, tapi bila dapat tengok kegembiraan seorang suami dalam kekalutan menyambut anak baru, membuatkan kami tak lena tidur malam nak bantu lebih ramai lagi suami di luar sana untuk meringankan urusan mereka ketika isteri melahirkan anak.
Kedudukan Placento mungkin tidak akan sampai ke tahap ini, tanpa usaha pembimbing yang tak pernah jemu menyokong kami. Oleh itu, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Khazanah NEO (KNEO) dan CodeArmy yang tak lokek mencurahkan segala ilmu dan pengalaman untuk kami maju ke hadapan.
Placento juga mengucapkan terima kasih kepada semua para suami yang telah menggunakan servis kami. Kepercayaan anda tanggungjawab kami !
Ustaz Basri Ahmad
+6011 5684 4450
Founder #Placento
www.placento.com