Blog & Berita Terkini

April 23, 2022

HUKUM URI TIDAK DIURUSKAN BAPA

Pernahkah anda dengar tentang pengurusan uri?

Siapakah yang berhak menguruskannya?

Sebenarnya, tiada hadis dan dalil yang jelas menyatakan tentang isu pengurusan ini.

Bagaimana pengurusannya, siapa yang berhak menguruskannya, semuanya dirumuskan dengan cara yang terbaik.

Mungkin ramai yang mengaitkan tentang penanaman uri ini yang perlu berpandukan amalan orang tua-tua dahulu seperti menanam dengan paku, jarum, buku dan sebagainya. Tetapi, ia sebenarnya melanggar hukum syarak dan boleh dikategorikan sebagai perkara khurafat kerana meletakkan pengharapan selain daripada Allah.

SIAPA BERHAK MENGURUSKAN URI BAYI

Tidaklah dinyatakan secara jelas bahawa bapa perlu menanam dan menguruskan sendiri uri bayi namun, itulah yang sebaiknya.

Uri bayi ini adalah suatu bentuk organ pakai buang yang berguna saat hari pertama bayi dalam kandungan. Namun, ia tidak lagi digunakan dan akan dikeluarkan apabila bayi sudah dilahirkan.

Jadi, memandangkan ia keluar dari tempat sulit dan bermaruah pada si suami jadi, bapa lah yang sebaiknya menguruskan uri ini. Saat si ibu perlu mendapatkan rehat yang cukup selepas kelelahan bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat, si bapa perlulah menguruskan uri ini dengan cara yang disarankan Islam.

Perlu diingat di sini bahawa perangai si anak kelak tiada hubung kaitnya dengan cara yang dilakukan bapa dalam menguruskan uri. Cara didikan ibu bapa lah yang memberikan kesan kepada perilaku si anak kelak.

BOLEH KAH INDIVIDU SELAIN BAPA YANG MENGURUSKANNYA?

Memandangkan tiada hukum jelas, jadi ia terbuka kepada sesiapa sahaja untuk bertanggungjawab menguruskannya. Malah, pihak hospital juga boleh mengambil tanggungjawab itu. Namun begitu, isu uri ini sangat dijaga rapi dalam kalangan umat Islam dan sebaiknya perlu diselesaikan dengan langkah penanaman.

Kesimpulannya, tiada masalah yang timbul jika individu selain bapa yang menguruskan uri. Bapa hanyalah individu terbaik yang disarankan menguruskan uri ini. Namun jika tiada sesiapa mampu menguruskannya, elakkan daripada ditinggalkannya di hospital sahaja tetapi sebaliknya boleh hubungi kami untuk diuruskan uri tersebut.

Informasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *