Blog

February 9, 2020

Hukum Tanam Uri – Wajibkah Uri Bayi Ditanam ?

Follow kami dan sebar kebaikan

Apakah sebenarnya hukum untuk membuang uri bayi setelah dilahirkan?

Adakah wajib ditanam atau boleh terus dibuang saja dengan cara yang sesuai? 

Saya percaya persoalan ini telah sering bermain di dalam benak fikiran masing-masing terutama di kalangan para ibu dan ayah yang baru saja menimang cahaya mata.

Menyentuh mengenai soalan apakah wajib untuk uri ini di tanam? Di sini saya kongsikan beberapa info yang sepatutnya dengan harapan agar ianya dapat membantu menjawab segala persoalan tersebut. 

Ustaz sedang menggali lubang sedalam 2 kaki untuk menanam uri bayi.

Hukum Sebenar Untuk Proses Tanam Uri 

Sebenarnya, hukum menanam uri ini adalah SUNAT . Untuk hukum sebegini, jika buat akan beroleh pahala dan jika tidak buat tidaklah akan mendapat dosa.

Namun, sebagai seorang muslim yang akan berdepan dengan sesuatu organ yang telah hadir dari diri seorang manusia itu sendiri, apalah salahnya untuk menguruskan uri tersebut dengan cara yang baik sebagai tanda hormat dan memuliakan seorang isteri.

Tambahan pula uri ini juga adalah salah satu daripada ciptaan Allah SWT yang sangat baik tujuannya di sepanjang tempoh kehamilan sang ibu. 

Uri boleh juga di anggap sebagai salah satu organ yang telah mati. Ia juga sama hukumnya dengan kaki seseorang yang terpaksa di potong akibat masalah diabetes. Kerana itu adalah sangat afdal untuk kita menguruskannya dengan sempurna tanpa berlebih-lebih. Maksud menguruskan dengan sempurna tanpa berlebih adalah memadai dengan sekadar di tanam tidak boleh di bakar ataupun diletakkan dengan bahan yang boleh membawa kepada unsur khurafat.

Meskipun hukum untuk menguruskan uri ini bukan wajib
tetapi adalah juga menjadi satu kewajipan untuk si ayah supaya meminta, mengambil dan membawa pulang uri yang baru saja keluar dari rahim sang isteri. Jangan risau minta saja kerana hakikatnya pihak hospital sama sekali tidak mempunyai sebarang polisi untuk menyimpan uri bayi ini. Selalunya uri ini memang akan di beri oleh jururawat sebaik saja bayi selamat di lahirkan.

Di sini saya sertakan juga beberapa pandangan daripada ulama yang berkaitan dengan uri ini. 

Beberapa Pandangan Ulama Yang Berkaitan Dengan Uri 

1) As-Syeikh Muhammad ash-Syarbini al-Khatib Rahimahullahu Taala pengarang kitab Mughni Muhtaj (1/80) ada menyatakan:

“Dan bahagian yang terpisah daripada haiwan yang hidup dan juga masyimah (uri iaitu pembalut anak) hukumnya sama seperti matinya iaitu jika haiwan tersebut suci waktu hidupnya maka ia dihukum suci, manakala sekiranya ia najis maka dihukumkan sebagai najis.”

Ini kerana berdasarkan sepotong hadis
“ apa-apa yang terpotong daripada yang hidup maka ia dihukumkan seperti matinya.” HR Al-Hakim dan telah ditashihkan oleh syarat Bukhari dan Muslim.

Maka bahagian yang terpisah daripada manusia atau ikan atau belalang maka ia adalah suci, manakala selainnya (selain manusia, ikan dan belalang) adalah najis. Sama juga hukumnya dengan uri iaitu pembalut anak, uri manusia … Adapun anggota yang terpisah daripadanya setelah mati maka hukumnya adalah mengikut hukum matinya dengan tiada syak.”

Pengarang menyatakan lagi (1/349):
Adapun sesuatu yang terpisah daripada sesuatu yang hidup atau ragu tentang kematiannya seperti tangan pencuri yang dipotong, kuku, rambut, darah (alaqah), darah bekam dan seumpamanya maka sunat ditanam kerana memuliakan tuannya.”

2) Merujuk kepada kitab Hasyiah Qalyubi wa Umairah (1/395), telah berkata pengarang: “Tembuni (uri) yang dinamakan sebagai al-Khalas (tembuni kecil) adalah seperti anggota (anak) kerana ia diputus daripada anak tersebut. Maka ia sebahagian darinya. Adapun tembuni yang di dalamnya anak (pembalut anak) maka ia bukan sebahagian daripada ibu dan bukan juga sebahagian daripada anak.”

3) Begitu juga di dalam kitab Hasyiah al-Bujairimi (1/101): “Maka bahagian daripada anggota manusia dan daripada tembuni (uri) yang membaluti anak maka ia dihukumkan sebagai suci daripada manusia dan najis selain darinya.

4) Penyataan dalam kitab Hasyiah as-Syabramalisi (3/197):Dan daripada tembuni (uri) yang membaluti anak maka ia dihukumkan sebagai suci daripada manusia dan najis selain darinya.”

5) Keterangan yang sama juga boleh dilihat di dalam kitab Nihayatul Muhtaj: (1/245): “Dan daripada tembuni (uri) yang membaluti anak maka ia dihukumkan sebagai suci daripada manusia dan najis selain darinya Adapun anggota yang terpisah daripadanya  setelah mati maka hukumnya adalah mengikut hukum matinya dengan tiada sebarang perselisihan ulama.

6) Menurut pengarang kitab Hasyiah as-Syirwani  (2/676): “Dan disunatkan menanam apa yang terpisah daripada anggota manusia seperti rambut, kuku dan darah.

Sumber ini di ambil dari website utama Mufti Wilayah Perseketuan dan untuk bacaan yang lebih penuh boleh klik : DI SINI 

Seringkali Berlaku Salah Faham Mengenai Hukum Tanam Uri

Di masa ini masih ramai dikalangan kita yang tersalah faham mengenai hukum menanam uri ini. Ada yang menganggap hukum menanam uri ini adalah wajib dan ada juga yang tersalah menguruskan uri ini dengan meletakkan juga beberapa barangan seperti pensil dan paku.

Mereka berharap bayi kepada uri tersebut dapat membesar dengan baik hingga menjadi seorang insan yang bijak. Jika diteliti ianya sangat menyimpang dari tujuan hukum yang asal. Perkara sebegini memang patut dihentikan.

Sangat salah sebenarnya jika terlalu berlebihan dalam menguruskan uri ini kerana akan melencong dari batasan agama Islam itu sendiri.

Mana mungkin pensil dan paku yang diletakkan bersama uri boleh menjadi penentu masa depan si anak kerana yang paling berkuasa untuk menentukan segalanya adalah Allah SWT. 

Jika di tanya sekali lagi, apakah hukum tanam uri ini sebenarnya?

Jawapan yang paling tepat adalah sunat.

Semoga dengan perkongsian ini akan dapat menjawab kemusykilan yang ada dan jika ada bertemu dengan orang lain yang masih menguruskan uri dengan cara meletakkan pensil dan paku di dalamnya, tegurlah dengan baik dan bersopan. 

Ustaz Basri
Tim Placento
011 5684 4450

#TanamUriDenganPlacento

www.placento.com

Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *