Categories
Uncategorized

7 LANGKAH CUCI DAN TANAM URI BAYI MENURUT ISLAM

Ilmu asas dan langkah yang lengkap dalam menguruskan uri bayi, kami kongsikan di sini supaya kita semua dapat beramal dengan hati tenang.

Setiap langkah ini akan diberikan penerangan ringkas. Supaya mudah untuk anda ikut satu persatu pada bahagian langkah tersebut.

Bismillah dan senyum ok!

Papa antara orang paling sibuk selepas mama melahirkan anak dan waktu berpantang.

Tanggungjawab terpenting papa adalah
perlu tahu dan pelajari cara cuci dan tanam uri atau juga dikenali sebagai ‘placenta’.

Uri adalah sebahagian daripada bayi, kerana itu ia perlu dijaga dan diuruskan dengan sempurna.

Ramai yang tertanya apakah hukum tanam uri bayi ?

Sebenarnya tiada dalil nas atau hadis yang jelas mengenai cara menguruskan uri, Cuma setiap anggota tubuh apabila terpisah SUNAT dibersihkan dan ditanam dengan baik.

Perangai anak anak pula tiada hubung kait dengan cara di mana atau bagaimana uri itu diuruskan.


Sebenarnya bergantung pada didikan yang diberikan oleh papa dan mamanya.

Nabi (S.A.W) pernah bersabda yang mafhumnya, seorang bayi yang baru lahir adalah ibarat sehelai kain putih. papa dan mama lah yang menentukan sama ada anak menjadi Majusi atau Nasrani.

Tidak ada doa khusus untuk dibacakan semasa tanam uri bagi menjamin menjadi anak yang soleh atau solehah. Cukup sekadar baca Bismillah, Al-Fatihah dan banyak berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad (S.A.W).

Bagi mendapatkan anak soleh dan solehah,
Papa mama harus memainkan peranan.


Anda berdua haruslah menjaga kelakuan, makanan dan minuman anak serta memastikan halal, bukannya di mana dan bagaimana uri ditanam.

Hukum menanam uri adalah SUNAT
Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.


Uri orang Islam adalah suci oleh itu tidak boleh di bakar atau dijual.

Setiap orang Islam yang melahirkan anak di hospital mesti membawa balik uri untuk di cuci dan tanam di tempat yang selamat.


Amalan tanam uri bayi dengan jarum, paku, pensel dan sebagainya kerana niat selain daripada Allah adalah amalan khurafat.

7 Langkah Cara Menguruskan Uri Bayi

Langkah 1

Mulakan setiap pekerjaan dengan baca Bismillah.
Sediakan perkakas yang diperlukan seperti kain atau pembalut mudah reput, asam jawa, garam, besen, sarung tangan, paip air dan daun bidara jika ada.

Langkah 2

Pakai sarung tangan dan letakkan uri di dalam besen kemudian taburkan garam. Sementara itu kita bersihkan dahulu plastik pembalut uri daripada hospital.

Berdasarkan pengalaman kami bila uri bayi direndamkan dengan air garam, darah beku akan mudah tertanggal dan menjadi cair.

Langkah 3

Langkah seterusnya adalah buang air rendaman pertama tadi dan cuci semula dengan air baru. Gosok dan urut perlahan supaya semua darah mengalir keluar termasuk tali uri.

Pada waktu ini gunakan sekali asam jawa dan juga daun bidara. Hati-hati! Takut darah terpercik ke muka pula.

Langkah 4

Setelah uri bayi papa sudah bersih, bilas dengan air. Bungkus kemas uri dengan kain putih atau pembalut mudah reput yang telah disediakan.

Langkah 5

Kemudian bolehlah dibawa ke tempat yang nak di tanam. Pastikan lapik dahulu uri bayi supaya titsan air tidak menitik di atas lantai. Lubang mesti korek dengan dalam, sekurangnya 1.5 kaki. Lagi dalam lagi baik.

Langkah 6

Sepanjang proses menguruskan uri bayi kita dianjurkan banyak berselawat. Pada waktu ini kita masukkan uri bayi ke dalam lubang sebaiknya papa menghadap kiblat dan timbus tanah sehingga penuh serta padat.

Langkah 7

Letakkan batu berat sebagai tanda dan juga menghalang daripada segala makhluk buas yang datang mengganggu. Syukur sudah selesai. Alhamdulillah.

Ingat tanamlah uri bayi ditempat yang bersih dan selamat contoh seperti di perkarangan surau atau masjid.

Sekali lagi, jangan letak lilin, paku dan barangan yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat di tempat kita tanam uri bayi tadi.

Selamat berpantang buat mama dan papa bersama baby baru!.

Tidak tahu nak tanam uri di mana?
Serahkan kepada Placento.

* Sila Share Ilmu Ini Kepada Saudara Anda ❤️❤️❤️

Anda juga boleh menambah ilmu dengan membaca > 12 Langkah Panduan Lengkap Cuci Uri Mengikut Kaedah Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *